Gerhana |
Home |
Fenomena Gerhana Bulan Dan Gerhana Matahari Fenomena gerhana bulan dan gerhana matahari yang berlaku adalah disebabkan olah gerakan Bulan yang mengelilingi Bumi. Fenomena ini juga disebabkan oleh kedudukan Bulan dan Bumi yang berubah-ubah di dalam orbit masing-masing. Sifat cahaya matahari yang memainkan peranan yang penting semasa fenomena ini berlaku
ialah:- Apabila cahaya matahari memancar ke arah Bulan dan Bumi yang bersifat legap, bayang-bayang Bulan dan Bumi dihasilkan. Terdapat dua jenis bayang-bayang Bumi dan Bulan yang terbentuk semasa menghalang cahaya
matahari, iaitu:-
Bumi beredar mengelilingi Matahari. Pada masa yang sama Bulan beredar mengelilingi Bumi. Apabila Bumi, Bulan dan Matahari berada dalam satu barisan gerhana akan berlaku. Gerhana bulan berlaku apabila Bulan berada di dalam kawasan baynag-bayang Bumi. Pada masa its, Bu,an tidak mendapat cahaya matahari kerana Bulan terlindung oleh Bumi. Ketika gerhana bulan berlaku, Bumi berada di antara Matahari dengan Bulan. Matahari, Bumi dan Bulan tersusun dalam satu barisan Gerhana Bulan
Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari. Pada ketika itu, Matahari, Bulan dan Bumi tersusun dalam satu barisan. Pada masa itu bayang-bayang Bulan mengenai permukaan Bumi. Orang yang berada di dalam kawasan bayang-bayang Bulan itu tidak nampak Matahari kerana Matahari telah lindung oleh Bulan
|
Copyright of {®Jôñ-Wéï®}
|